Sunday, November 16, 2008

Syukur Ya Rabbi

Alhamdulillah Ya Rabbi, thank You God, setelah sekian lama (lama, 3 bulan lebih) cuti sakit (MC), saya telah kembali semula bertugas di pejabat. Saya mengambil kesempatan memohon berbanyak maaf kepada Boss dan semua rakan pejabat kerana lama sungguh tak datang pejabat nih. Dan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yg telah menanggung tugas saya di pejabat. Semoga Tuhan membalas jasa baik tuan/puan semua.

Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga yg terpaksa menanggung sama kesusahan saya, dan terima kasih atas doa dan kasih sayang Ibu, isteri, anak-anak, mertua, dan keluarga rapat yg menghulurkan bantuan dalam apa bentuk sekalipun.

Sekarang, saya akan mulakan hidup baru, dengan harapan lebih bertenaga dan rancak dari sebelumnya, let's go...