Askum semua...Hari ni saya akan berangkat menunaikan Umrah ke Tanah Suci Mekah. Ini pengalaman pertama kali, (pada umur 40 tahun dah ni).
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi Ya Rabbi, atas rezeki/kesempatan yang diberikan.
Catatan Perjalanan.
12 Julai 2009
- Kumpulkan semua 3 anak lelaki aku, beri RM50 seorang. (Supaya mereka tak sedih/menangis, (ada cerita looking forward to).
13 Julai 2009
- Pagi : Hantar anak-anak 3 orang, Aiman, Adib and Amin pergi e sekolah naik van. Cakap dekat kedua-dua driver, minta tolong ambilkan kedua-dua hala, pergi dan balik sekolah. Dan bayar tambahan kepada Pak Cik Ahmad, RM50 lagi.
- Jam 12 lebih : Bertolak ke KLIA melalui train ERL Putrajaya, (Minta tolong Hafiz dan Ajis tolong hantarkan ).