Tuesday, September 21, 2010

Anakku Arif ada masalah sakit jaundice, kuning.

Anakku si Arif Luqman, lahir agak pramatang awal, 35 minggu - 36 minggu.

Dan adalah biasa bagi budak dapat sakit kuning.

Kelmarin, apabila diperiksa di Klinik Putrajaya Presint 9, agak tinggi iaitu 220. (Kalau unit lain dibahagi 17, iaitu (12.94).

Semalam dirujuk ke pakar paedetrician di Hospital Putrajaya. Dr kata bagi bayi pramatang adalah biasa dapat prolonged jaundice. 80 % takade masalah cuma 20% mungkin disebabkan masalah tertentu seperti jangkitan kuman, sakit hati (liver), masalah pada tiroid, bentuk sel darah, jadi sebab yg 20 % nih kenalah buat beberapa ujian. Ujian darah dan ujian pada air kencing (nak check samada ada unitrack infection).

Tadi, lepas berbual dgn Rusdi, dia suggest ambil air buah anggur hitam. Ade sedara dia, dari bacaan 220 ke 120 dalam 1 hari je.

Semasa aku google "anggur penyakit kuning" terjumpa satu blog orang ni, http://maz-naz.blogspot.com/2010/08/penyakit-kuningjaundicepetua-dan.html

Monday, September 6, 2010

Gambar-gambar Family


Anak-anak saya dah 5


Baik saya perihalkan anak-anak saya yg dah masuk 5 orang.

1. Aiman Ridhwan bin Yusuff, yang sulung, berumur 11 tahun dah (Darjah 5). Dia lahir pada 12 Ogos 1999.

2. Adib Rasydan (No. 2), Amin Safwan (No.3) , Anis Sakinah (No. 4) dan keluaran terbaru , Arif Luqman (No.5) baru dilahirkan pada 22 Ogos 2010.

Adib Rasydan lahir pada 3 September 2000, Amin Safwan pada 21 November 2003, Anis Sakinah pula pada 9 Oktober 2007.

Aiman

12 Ogos 1999

Adib

3 September 2000

Amin

21 November 2003

Anis

9 Oktober 2007

Arif

22 Ogos 2010


 

Sunday, September 5, 2010

Artikel ke-2 sambungan berkaitan Shito Ryu Karate Do

Aku terjumpa website ni, bagus juga. Ia menunjukkan siapa orangnya yg menyambung penerusan penjaga Karate Do Shito Ryu dari pengasasnya...dan di sini juga ada banyak link yg berguna....

http://www.seitoshitoryu.com/links.php