Monday, October 6, 2008

Imbasan perkara-perkara menarik Bulan 7,8, 9 dan 10 tahun 2008

Pada hari ini, Selasa, 7 Oktoktober 2008, barulah saya berkelapangan utk menulis perkara-perkara penting yg telah menimpa saya, dan memberi kesan yg besar terhadap perjalanan hidup saya yg sihat sebelum ni.

1). Pada 30 Jun, saya beroleh sebuah motorsikal superbike yg pertama, yg tak terlintas di kepala saya utk dapat memilikinya, sebuah moto Kawasaki berkuasa tinggi, 650 cc, model ER6N yg baru shj dilancarkan di Malaysia oleh YB Menteri MITI pd 11 Jun 2008, dengan terbinanya kilang Kawa di Shah Alam. Hanya beberapa hari melihat 3-4 buah kedai di sekitar Serdang, Kajang, Bangi saya pun apa lagi terus booking dgn kedai HQ Serdang,kemudian contact bbrp bank spt Agro Bank, BSN utk buat loan. Pada hari Jumaat, pegawai Agro Bank datang ke office, bantu isi borang, hari Isnin dapat duit cash RM28,000 pada pkl 5.45 petang, terus berkejar ke kedai, sampai dekat pkl 7 mlm, terus ambil moto...BKA 3108 (No. istimewa saya, tarikh kahwin). Moto ni dibeli cash pada harge Rm29,000 ++.

2) Pada 27 Julai (Ahad), saya jatuh moto dan patah satu tulang, second metatarsal, tapak kaki kiri yg menyebabkan saya masuk Hospital Putrajaya, tidur 3 malam kat situ, menjalani operation, masuk 3 batang besi kecil (kay wire), dan diberi rehat (MC) mula-mula 14 hari, kemudian another 14 hari, then 42 hari. Dan pada hari ni (7 Oktober 2008) selepas jumpa doktor for the third appt. diberi tambahan 42 hari lagi, (menjadikan lebih 112 hari) - banyak sungguh tu, tak sangka juga....tapi itulah penangan patah jari kaki ni, crack 3 lagi lambat heal, lebih-lebih lagi pada orang dah berumur mcm aku nih. Padahal aku dah urut kaki lebih 10 kali kat Pst Perubatan Tradisional Bangi, tiap-tiap hari makan ubat calcium, jeli gamat, minum susu makan ubat bengkak, tuam air panas...dll, tapi bengkak kaki masih tak surut-surut . Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah, kerana melalui accident nih, aku dapat pengalaman baru, aku rasa hanya orang yg pernah patah shj yg boleh cerita...Pengalaman memperkayakan kehidupan kita, Ye la, setelah hidup hampir 40 tahun nih, 2 bulan lebih bertongkat ke sana sini, memberi keinsafan kepada kita, tentang banyak nikmat Allah yg telah kita kecapi.

Lepas nih aku sambung tulis lagi...la nih aku nak pi Klinik Dr Bek, pakar acupunture kat Shah Alam, cuba cara lain plak... jap lagi klinik tutup pkl 7 ptg, (3.40 pm)

No comments: