Tuesday, September 21, 2010

Anakku Arif ada masalah sakit jaundice, kuning.

Anakku si Arif Luqman, lahir agak pramatang awal, 35 minggu - 36 minggu.

Dan adalah biasa bagi budak dapat sakit kuning.

Kelmarin, apabila diperiksa di Klinik Putrajaya Presint 9, agak tinggi iaitu 220. (Kalau unit lain dibahagi 17, iaitu (12.94).

Semalam dirujuk ke pakar paedetrician di Hospital Putrajaya. Dr kata bagi bayi pramatang adalah biasa dapat prolonged jaundice. 80 % takade masalah cuma 20% mungkin disebabkan masalah tertentu seperti jangkitan kuman, sakit hati (liver), masalah pada tiroid, bentuk sel darah, jadi sebab yg 20 % nih kenalah buat beberapa ujian. Ujian darah dan ujian pada air kencing (nak check samada ada unitrack infection).

Tadi, lepas berbual dgn Rusdi, dia suggest ambil air buah anggur hitam. Ade sedara dia, dari bacaan 220 ke 120 dalam 1 hari je.

Semasa aku google "anggur penyakit kuning" terjumpa satu blog orang ni, http://maz-naz.blogspot.com/2010/08/penyakit-kuningjaundicepetua-dan.html

1 comment:

Unknown said...

huhu, sayalah orang itu...

anak saya pun kena jaundice dan saya beri anggur hitam dan hijau...

memang ada perubahan