Saturday, December 6, 2008

Kehebatan Internet

Melalui Internet banyak sungguh kita boleh dapat, apa sahaja, terima kasih kepada semua pihak yg memulakan kajian sehingga terciptalah Internet yg kita dapat gunakan hari ini. Di sebalik itu, inilah karunia Tuhan yg sangat besar, kita seharusnya bersyukur kepada NYA yang telah memberikan kehebatan ini untuk umat akhir zaman menikmatinya, siapa sahaja PATUT mengambil peluang ini untuk lebih mendekati TUHAN. Anda boleh belajar bayak perkara (mendapatkan content)fasal Islam, Quraan dll melalui Internet, antara web site yg bagus :
1. http://www.al-nidaa.com.my/
2. http://www.harunyahya.com/

Dan hari ini, saya belajar satu lagi perkara baru dalam Internet, especially dalam Blogger, iaitu melalui tag, kita dapat explore kawan-kawan lain dlm Blogger yg mempunyai sama minat dengan kita, bukankah ini wonders of internet?...senangnya dapat kawan yg sama minat - dalam dunia beb...

Sunday, November 16, 2008

Syukur Ya Rabbi

Alhamdulillah Ya Rabbi, thank You God, setelah sekian lama (lama, 3 bulan lebih) cuti sakit (MC), saya telah kembali semula bertugas di pejabat. Saya mengambil kesempatan memohon berbanyak maaf kepada Boss dan semua rakan pejabat kerana lama sungguh tak datang pejabat nih. Dan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yg telah menanggung tugas saya di pejabat. Semoga Tuhan membalas jasa baik tuan/puan semua.

Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga yg terpaksa menanggung sama kesusahan saya, dan terima kasih atas doa dan kasih sayang Ibu, isteri, anak-anak, mertua, dan keluarga rapat yg menghulurkan bantuan dalam apa bentuk sekalipun.

Sekarang, saya akan mulakan hidup baru, dengan harapan lebih bertenaga dan rancak dari sebelumnya, let's go...

Monday, October 6, 2008

Imbasan perkara-perkara menarik Bulan 7,8, 9 dan 10 tahun 2008

Pada hari ini, Selasa, 7 Oktoktober 2008, barulah saya berkelapangan utk menulis perkara-perkara penting yg telah menimpa saya, dan memberi kesan yg besar terhadap perjalanan hidup saya yg sihat sebelum ni.

1). Pada 30 Jun, saya beroleh sebuah motorsikal superbike yg pertama, yg tak terlintas di kepala saya utk dapat memilikinya, sebuah moto Kawasaki berkuasa tinggi, 650 cc, model ER6N yg baru shj dilancarkan di Malaysia oleh YB Menteri MITI pd 11 Jun 2008, dengan terbinanya kilang Kawa di Shah Alam. Hanya beberapa hari melihat 3-4 buah kedai di sekitar Serdang, Kajang, Bangi saya pun apa lagi terus booking dgn kedai HQ Serdang,kemudian contact bbrp bank spt Agro Bank, BSN utk buat loan. Pada hari Jumaat, pegawai Agro Bank datang ke office, bantu isi borang, hari Isnin dapat duit cash RM28,000 pada pkl 5.45 petang, terus berkejar ke kedai, sampai dekat pkl 7 mlm, terus ambil moto...BKA 3108 (No. istimewa saya, tarikh kahwin). Moto ni dibeli cash pada harge Rm29,000 ++.

2) Pada 27 Julai (Ahad), saya jatuh moto dan patah satu tulang, second metatarsal, tapak kaki kiri yg menyebabkan saya masuk Hospital Putrajaya, tidur 3 malam kat situ, menjalani operation, masuk 3 batang besi kecil (kay wire), dan diberi rehat (MC) mula-mula 14 hari, kemudian another 14 hari, then 42 hari. Dan pada hari ni (7 Oktober 2008) selepas jumpa doktor for the third appt. diberi tambahan 42 hari lagi, (menjadikan lebih 112 hari) - banyak sungguh tu, tak sangka juga....tapi itulah penangan patah jari kaki ni, crack 3 lagi lambat heal, lebih-lebih lagi pada orang dah berumur mcm aku nih. Padahal aku dah urut kaki lebih 10 kali kat Pst Perubatan Tradisional Bangi, tiap-tiap hari makan ubat calcium, jeli gamat, minum susu makan ubat bengkak, tuam air panas...dll, tapi bengkak kaki masih tak surut-surut . Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah, kerana melalui accident nih, aku dapat pengalaman baru, aku rasa hanya orang yg pernah patah shj yg boleh cerita...Pengalaman memperkayakan kehidupan kita, Ye la, setelah hidup hampir 40 tahun nih, 2 bulan lebih bertongkat ke sana sini, memberi keinsafan kepada kita, tentang banyak nikmat Allah yg telah kita kecapi.

Lepas nih aku sambung tulis lagi...la nih aku nak pi Klinik Dr Bek, pakar acupunture kat Shah Alam, cuba cara lain plak... jap lagi klinik tutup pkl 7 ptg, (3.40 pm)

Friday, September 12, 2008

No hp perkara yg penting

Kepada kawan-kawan lama yg dah lama lost contact, ini no hp saya, bolehlah kita jumpa sambil minum, bercerita panjang...0162223108. Ok, pendek aje post nih.

Thursday, July 24, 2008

Alhamdulillah, syukur

Alhamdulillah, akhirnya, pada hari ini dalam sejarah, 240708,  saya telah berjaya memiliki sebuah BLOG, BLOG yang saya hasilkan sendiri, BLOG sendiri punye ...

Dan dengan adanya BLOG ini, dapatlah saya mewarnakannya, dengan pelbagai perkara yang PENTING bagi saya, terutama perkara-perkara yang saya SUKAI, AKTIVITI yang saya baru buat/telah buat, PERKARA yang terjadi dalam hidup saya/keluarga saya, CATATAN PENTING yang saya nak kongsi bersama pembaca, TERUTAMA KAWAN-KAWAN yang saya hormati/sayangi DAN KELUARGA saya yang saya KASIHI.

Dalam dunia yang sangat MAJU dalam bidang ICT ini, ada baiknya kita BERKONGSI dengan KAWAN-KAWAN yang lama dah tak berjumpa, seperti kawan-kawan sekolah dulu, mengenai KEHIDUPAN KITA SEKARANG, jika nak bersembang, satu hari pun tak cukup, jadi bolehlah minta mereka MELAWAT BLOG KITA, kan...

TERIMA KASIH kepada PENCIPTA BLOG, semoga anda dapat pahala kebajikan....