Wednesday, June 24, 2009

Kembali ke zaman lama bersama Shito Ryu Karate Do

Tadi aku called Sri Mersing (member FERNO) dia ni rupanya ada join Karate Shito Ryu, aku tanya beberapa laman web mengenai Shito Ryu, dia bagi tahu yg ni, banyak link nampaknya

Teringat the late Sensei Nasir...

http://shitoryu-iium.blogspot.com/2009/01/welcome-to-shito-ryu-iium-seishinkan.html

Wednesday, June 10, 2009

Inisiatif belajar lagi blogspot

Baru-baru nih saya ada minta En. Adam ajar saya upload template blogspot dari Internet,

...TQ En. Adam

Dan yg nih seperkara lagi , saya baru belajar letak link bila buat new post (Dapat ilham dari Blog Cikleekawi ) seperti di bawah:

http://rumahrehatbaganlalang.blogspot.com/ (kawan member FERNO)

Tuesday, June 9, 2009

Ilmu RP

RP adalah merujuk kepada Rakan Pembimbing, iaitu satu program latihan yang saya ikuti semasa bekerja di Jabatan Perdana Menteri yg bertujuan melatih para pegawai di pejabat untuk menjalankan peranan sebagai pembimbing rakan sekerja dalam hal-hal kehidupan yang boleh mempengaruhi prestasi kerja seperti masalah hidup, masalah kewangan, keluarga,anak-anak, diri sendiri dan sebagainya. Cara membimbingnya, boleh gunakan kaedah kaunseling.

Tadi, semasa mencari bahan di Internet fasal teori Iceberg terjumpa link fasal teknik hypnosis, ini linknya, bagus juga buat bacaan tambahan.

http://www.saffron-hypnotherapy.co.uk/page_1209727573843.html

Monday, May 25, 2009

Lagu Imran Ajmain sungguh syahdu, Tkasih Imran...

Ada 2 lagu yg TERASA sungguh bestnya, ingin ku kongsikan di sini kepada orang ramai yg belum merasai kesyahduan lagu ini , baik dalam penulisan lirik dan terutama suara lembut merdu Imran Ajmain, penyanyinya...

1. Lagu "Seribu Tahun"

Liriknya begini :

Lirik Seribu Tahun - Imran Ajmain Lagu Emil Emilda

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia……

2. Lagu "Selamat Ulang Tahun"

Liriknya begini :

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu




Friday, February 20, 2009

What I like to do?

To those people out there, who might want to know, --what activities .... that I like to spend on (at this point of time, because people change with time) . I would say, they are :

1. Sportbike riding. ( I ride ER6N - a 650 cc Kawasaki motorcycle)

2. Photography (Almost daily, I take photos and videos with my Canon S5 IS, a semi pro )

3. Pocket PC (I carry along my Dopod U1000 hand phone, it can do a lot more...)

And whenever I ride to somewhere specials, I put my gps, camera and dopod on my tank ( a zipped bag), and when I spot any place or anything interesting, I would stop for a while, take out my camera, take a good focusing, snap and the motorcycle rams away....

Then, I came here, sitting, and write something for U to see....

Monday, February 16, 2009

Siapakah orang yg penting dalam hidup anda?

Bagi saya lah, yg mula-mula mestilah mak ayah kita, isteri kita, anak-anak dalam Kategori 1.

Lepas tu, kawan-kawan baik, sedara mara yg rapat, dalam Kategori 2.

Lepas tu, siapa sahaja lah yg lalu depan kita....yg buat baik kat kita, kita balaslah yg lebih baik...

Tuesday, February 10, 2009

Make A New Chapter?

2009 has been here for over a month. I have gone round Malaysia, a journey with my 7 Heavens group of er6n members. A trip of 2,000 km. From KL we went up to Perak, Kedah Penang, Perlis; then crossed the Tasik Banding into Kelantan, Trengganu, Pahang then back to Selangor and KL. It was a very enjoyable ride, thanks to my good friends : Syed Aziz, Khalid, Hamdan, Rosli and the supporting members.

Saturday, December 6, 2008

Kehebatan Internet

Melalui Internet banyak sungguh kita boleh dapat, apa sahaja, terima kasih kepada semua pihak yg memulakan kajian sehingga terciptalah Internet yg kita dapat gunakan hari ini. Di sebalik itu, inilah karunia Tuhan yg sangat besar, kita seharusnya bersyukur kepada NYA yang telah memberikan kehebatan ini untuk umat akhir zaman menikmatinya, siapa sahaja PATUT mengambil peluang ini untuk lebih mendekati TUHAN. Anda boleh belajar bayak perkara (mendapatkan content)fasal Islam, Quraan dll melalui Internet, antara web site yg bagus :
1. http://www.al-nidaa.com.my/
2. http://www.harunyahya.com/

Dan hari ini, saya belajar satu lagi perkara baru dalam Internet, especially dalam Blogger, iaitu melalui tag, kita dapat explore kawan-kawan lain dlm Blogger yg mempunyai sama minat dengan kita, bukankah ini wonders of internet?...senangnya dapat kawan yg sama minat - dalam dunia beb...

Sunday, November 16, 2008

Syukur Ya Rabbi

Alhamdulillah Ya Rabbi, thank You God, setelah sekian lama (lama, 3 bulan lebih) cuti sakit (MC), saya telah kembali semula bertugas di pejabat. Saya mengambil kesempatan memohon berbanyak maaf kepada Boss dan semua rakan pejabat kerana lama sungguh tak datang pejabat nih. Dan terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yg telah menanggung tugas saya di pejabat. Semoga Tuhan membalas jasa baik tuan/puan semua.

Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga yg terpaksa menanggung sama kesusahan saya, dan terima kasih atas doa dan kasih sayang Ibu, isteri, anak-anak, mertua, dan keluarga rapat yg menghulurkan bantuan dalam apa bentuk sekalipun.

Sekarang, saya akan mulakan hidup baru, dengan harapan lebih bertenaga dan rancak dari sebelumnya, let's go...

Monday, October 6, 2008

Imbasan perkara-perkara menarik Bulan 7,8, 9 dan 10 tahun 2008

Pada hari ini, Selasa, 7 Oktoktober 2008, barulah saya berkelapangan utk menulis perkara-perkara penting yg telah menimpa saya, dan memberi kesan yg besar terhadap perjalanan hidup saya yg sihat sebelum ni.

1). Pada 30 Jun, saya beroleh sebuah motorsikal superbike yg pertama, yg tak terlintas di kepala saya utk dapat memilikinya, sebuah moto Kawasaki berkuasa tinggi, 650 cc, model ER6N yg baru shj dilancarkan di Malaysia oleh YB Menteri MITI pd 11 Jun 2008, dengan terbinanya kilang Kawa di Shah Alam. Hanya beberapa hari melihat 3-4 buah kedai di sekitar Serdang, Kajang, Bangi saya pun apa lagi terus booking dgn kedai HQ Serdang,kemudian contact bbrp bank spt Agro Bank, BSN utk buat loan. Pada hari Jumaat, pegawai Agro Bank datang ke office, bantu isi borang, hari Isnin dapat duit cash RM28,000 pada pkl 5.45 petang, terus berkejar ke kedai, sampai dekat pkl 7 mlm, terus ambil moto...BKA 3108 (No. istimewa saya, tarikh kahwin). Moto ni dibeli cash pada harge Rm29,000 ++.

2) Pada 27 Julai (Ahad), saya jatuh moto dan patah satu tulang, second metatarsal, tapak kaki kiri yg menyebabkan saya masuk Hospital Putrajaya, tidur 3 malam kat situ, menjalani operation, masuk 3 batang besi kecil (kay wire), dan diberi rehat (MC) mula-mula 14 hari, kemudian another 14 hari, then 42 hari. Dan pada hari ni (7 Oktober 2008) selepas jumpa doktor for the third appt. diberi tambahan 42 hari lagi, (menjadikan lebih 112 hari) - banyak sungguh tu, tak sangka juga....tapi itulah penangan patah jari kaki ni, crack 3 lagi lambat heal, lebih-lebih lagi pada orang dah berumur mcm aku nih. Padahal aku dah urut kaki lebih 10 kali kat Pst Perubatan Tradisional Bangi, tiap-tiap hari makan ubat calcium, jeli gamat, minum susu makan ubat bengkak, tuam air panas...dll, tapi bengkak kaki masih tak surut-surut . Walaubagaimanapun, aku bersyukur kepada Allah, kerana melalui accident nih, aku dapat pengalaman baru, aku rasa hanya orang yg pernah patah shj yg boleh cerita...Pengalaman memperkayakan kehidupan kita, Ye la, setelah hidup hampir 40 tahun nih, 2 bulan lebih bertongkat ke sana sini, memberi keinsafan kepada kita, tentang banyak nikmat Allah yg telah kita kecapi.

Lepas nih aku sambung tulis lagi...la nih aku nak pi Klinik Dr Bek, pakar acupunture kat Shah Alam, cuba cara lain plak... jap lagi klinik tutup pkl 7 ptg, (3.40 pm)

Friday, September 12, 2008

No hp perkara yg penting

Kepada kawan-kawan lama yg dah lama lost contact, ini no hp saya, bolehlah kita jumpa sambil minum, bercerita panjang...0162223108. Ok, pendek aje post nih.

Thursday, July 24, 2008

Alhamdulillah, syukur

Alhamdulillah, akhirnya, pada hari ini dalam sejarah, 240708,  saya telah berjaya memiliki sebuah BLOG, BLOG yang saya hasilkan sendiri, BLOG sendiri punye ...

Dan dengan adanya BLOG ini, dapatlah saya mewarnakannya, dengan pelbagai perkara yang PENTING bagi saya, terutama perkara-perkara yang saya SUKAI, AKTIVITI yang saya baru buat/telah buat, PERKARA yang terjadi dalam hidup saya/keluarga saya, CATATAN PENTING yang saya nak kongsi bersama pembaca, TERUTAMA KAWAN-KAWAN yang saya hormati/sayangi DAN KELUARGA saya yang saya KASIHI.

Dalam dunia yang sangat MAJU dalam bidang ICT ini, ada baiknya kita BERKONGSI dengan KAWAN-KAWAN yang lama dah tak berjumpa, seperti kawan-kawan sekolah dulu, mengenai KEHIDUPAN KITA SEKARANG, jika nak bersembang, satu hari pun tak cukup, jadi bolehlah minta mereka MELAWAT BLOG KITA, kan...

TERIMA KASIH kepada PENCIPTA BLOG, semoga anda dapat pahala kebajikan....